Bagaikan menjadi tradisi setiap tahun , Founder  KBBA9 berusaha mencari peluang untuk para blogger dan ahli keluarga blogger menikmati percutian bersama kawan dan juga keluarga pada satu masa yang sama .

Alhamdulillah , Family Day 2017 kali ini De Rhu Beach Resort yang terletak di Kuantan Pahang iaitu telah sudi menaja penginapan 17 keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari selama 2 hari 1 malam .

Antara bogger yang terlibat dalam percutian kali ini ialah :

  1. Ben Ashaari
  2. Saidila
  3. Ezza
  4. Umminani
  5. Lya
  6. Hanani Mama Kembar 3
  7. Doc Rozita
  8. Shakir
  9. Sohoque
  10. Abe Que Achmad
  11. Bella Idura
  12. Sue Izza
  13. Bonda Zaidalifah
  14. Moha
  15. Mas Saari
  16. Azni 
  17. Azlinda

Kesemua blogger yang hadir semuanya cukup berpuas hati dengan segala fasiliti yang terdapat di De Rhu Beach Resort . Boleh baca pendapat mereka sendiri diatas .

The Perfect Place To Be

De Rhu Beach Resort yang terletak di Kuantan Pahang boleh disifatkan sebagai “the perfect place to be” kerana segalanya ada disitu .

De Rhu Beach Resort juga mempunyai keluasan resort yang cukup besar , padang riadah dan pantai yang bersih , pilihan kolam renang pelbagai saiz dan kedalaman dan terdapat pelbagai aktiviti indoor dan outdoor juga boleh dilakukan disitu .

De Rhu beach Resort juga lengkap dengan bilik karaoke , gymnasium , 10 bilik pelbagai kegunaan seperti mesyuarat , seminar dan sebarang majlis yang boleh digunakan pada satu-satu masa yang sama .

De Rhu beach Resort juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk aktiviti team building bagi syarikat korporat dan swasta , rehlah dan reunion , majlis ulang tahun kelahiran atau perkhawinan atau wedding reception ala desa dan taman .

Bagi yang berminat nak rasa pengalaman di De Rhu Bech Resort seperti ahli Kelab Blogger Ben Ashaari , boleh terus masuk ke :

Laman Sesawang : De Rhu Bech Resort

Alamat : LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Telefon : +609 5579 000
Fax : +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my

Facebook : De Rhu Beach Resort , Kuantan

Nota : untuk pengetahuan , pada bulan lepas admin s juga telah berjaya membeli 2 baucar penginapan di De Rhu Beach Resort dengan harga yang rendah semasa berlangsungnya Matta Fair . Nampaknya admin s tak sabar nak repeat bersantai di sana pada cuti nanti .